Thursday, December 13, 2012

done or not

assalamualaikum..

58 hari sebelum wedding saya..hikhik..terover excited pulakkk..

entry sebelum ni dah cakap pasal checklist kan, dan untuk entry yang ni pulak, jom kita semak yang mana dah selesai dan yang mana masih belum selesai

1) kad kawen

masih menunggu kad sampai..hehehe..harap2 ujung bulan ni dah boleh edarkan..

2) baju kawen

sudah ditempah..tapi amik pakej yang lain atas seba2 tertentu... dan temanya tetap tidak berubah : merah hitam: : ungu :

pelamin sahaja yang dapat ditempah sebab bajet..hihi..bilik pengantin, akan saya decorate sendri..auwhh tunggu hasilnya nanti!

3) katering

juga sudah ditetapkan.. thnks to my lovely cousin, bang cik a.k.a klon zizan sebab tolong adjustkan caterer..seriously macam zizan, tapi bang cik saya kecik n lg hensem kot..hihi...

4) doorgift

masih dalam proses

5) fotograper

hihi.. sepupu saya yang seorang itu akan menjadi professional photographer untuk my big day nanti.. weeeee... thnks incik klon nabil ( telinga  plus gigi ja kot lebih kurang macam nabil..hahaha) sebab mengofferkan diri menjadi photographer saya nanti...

6) borang kebenaran kawen

auchh... bulan januari nanti lah..hihi

Thursday, December 6, 2012

checklist before wedding day

assalamualaikum..

64 hari lagi...macam lambat lagi ja kan... tapi perlu buat checklist jugak agar semuanya berjalan lancar... aamiin..

jom2 check it out:

1) kad jemputan
    alhamdulillah, sudah menempah kad dan in sha Allah kad akan smpai ke tangan ini dalam dua hingga tiga  minggu sahaja lagi

2) baju kahwin
 juga sudah ditempah, skali dengan pakej pelamin, bilik tidur n meja makan pengantin.. tema pulak, merah hitam bagi majlis perempuan dan ungu lembut untuk majlis lelaki

3) katering
    ayah akan uruskan..hehehe...

4) door gift
alhamdulillah sebab xperlu menyediakan banyak doorgift sbb rakan-rakan telah bersepakat untuk menyediakan doorgift bagi pihak saya. saya cuma perlu tambahkan sahaja lagi doorgift tersebut..

5) hantaran
hantaran sebelah lelaki sudah siap.. terima kasih kepada incik tunang kerana menemani saya membeli hantaran tersebut. hantaran sebelah perempuan??? hukhuk, xdibelinya lagi pon.. xpa lah, nti balik sni, kita pegi bli eh.. tak banyak pon hantaran untuk majlis ini. 3 berbalas 5 sahaja.

6) kursus pra perkahwinan
    sudah mendapat sijil...hikhik

7) ujian saringan HIV
     -ve ok..hikhik..terima kasih incik hanzalah kerana menemani saya...

8) borang-borang @ dokumen pejabat agama
 borang kebenaran pihak lelaki telahpun diterima cuma menunggu pihak perempuan pula untuk berurusan di pejabat agama islam negeri perlis.

9) diri sendiri
in sha Allah telah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan... hikhik...