Wednesday, December 29, 2010

cuti semester

haish...pejam celik pejam celik dah dekat sebulan aku cuti..
dah nak abis pon cuti semester...

aktiviti sepanjang cuti ni
1. holiday @ coral fishing resort, lumut perak
2. shopping @ nilai 3
3. kenduri, tg piandang perak
4. balik kampung, perlis
5. belajar masak
6. tengok movie dengan famili(hantu kak limah balik rumah)
mmg 5 star la...hehehe

DATING??? tiada dalam senarai...
 date dengan ex school mate ja...
(nida, pyah n dzulhairah)
hehe
besh jgk lah...


seterusnya, gatai2 tgn dok cari info sal ubat kurus yg berlambak skrg ni
wat perbandingan harga n kandungan serta program diet..
hahaha


2 lah, dlu masa badan dah mantain, gatai2 makan banyak...
frust lah kunun...
skrg, ambekk...gedabak besar..


pa2 pon, bersyukur la dengan pa yg ada..


hadoii..nk kna kms barang lak...
part yg paling malas...
baju, kasut, brg mandian n banyakkk g..


AKU DAH BERSEDIA UNTUK MEMULAKAN SEMESTER BARU..


chaiyok2!!!!


aku sekarang.....
denai larian sg perlis..
2008
masa banjir 2005
kurus x??
hahaha



p/s: gambar tiada kaitan langsung dengan post aku...haha...






Friday, December 24, 2010

pergilah air mata



ok!
saya faham awak penat
saya faham enset awak rosak
saya faham awak keja
saya faham awak tido
saya faham awak tengah drive
saya faham awak dengan famili awak
saya faham

tapi cubalah faham perasaan saya..






Tuhan maafkan diri ini yang xpernah bisa menjauh dari angan tentangnya..




Wednesday, December 22, 2010

kahwin kahwin dan kahwin....

biasala...musim cuti sekolah ni memang banyak undangan untuk majlis perkahwinan..
alhamdulillah..aku telah menghadiri 2 buah kenduri kahwin..
1 dekat kedah, dan 1 lagi kat perak..

apa yang aku nak coretkan di sini mengenai pengalaman aku ke majlis tersebut..
(macam aku sorang ja pernah p majlis kenduri kahwin kn??)

sesampainya di sana, ada banner yang tertulis..

majlis tautan kasih ......... & ......
(menarik kan???)

apa yang menarik sangat??

majlis tautan kasih

i likeee....hehehe

mungkin ada antara rakan-rakan yang dah pernah tgk pon tulisan yang mcm ni kn??
bg aku plak, ni la pertama kali aku tgk majlis perkahwinan yang di sinonimkan dengan majlis tautan kasih..

ya..mmg benar..kasih antara dua hati telah bertaut...
hati masing-masing telah terikat dengan ikatan yg sah dalam akad yang telah dilafazkan oleh si suami..
si isteri sudah semestinya tersenyum lebar dengan ikatan tersebut..
( wah....xsabar rasanya..)

paluan kompang yang mengiringi kedua-dua mempelai ke perkarangan rumah memeriahkan lagi suasana majlis tersebut..
mesti ada debar di hati pasangan pengantin tersebut
( aku yang pernah jadi pengapit pon berdebar dengan paluan kompang 2..haha)

melihat langkah pengantin menuju ke pelamin, hati aku sempat lagi memberi komen..
bukan perihal pengantin, tapi pelamin yang menjadi singgahsana raja sehari..

terpaku jgk mata memandang...tapi agak merugikan bila difikirkan balik..
mana tidaknya...hiasan pelamin yang begitu eksklusif..
mungkin beribu jgk la untuk pelamin 2 saja..
(tapi semua 2 hak masing2 kan...)

aku jgk sempat menjenguk bilik beradu pengantin...
caaaaaaaaaaaaaaaannntik sangat..
masa 2 mula la terfikir nak kahwin..
( gatal !!!)

aku jgk sempat mengambil gambar gubahan-gubahan hantaran
( bukan apa, cuma nk jadikan contoh untuk hantaran majlis kakak aku lak nti)

sebelum balik, p salam mak pengantin..
dapat la sedikit cenderahati...
cantik jgk..
mmg eksklusif...
dari pengantin hinggalah ke cenderahati...

terima kasih...
moga tautan kasih kalian berkekalan hingga ke akhir hayat..


Sabda Rasullah SAW
"Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam bukan dari kepalanya untuk dijunjung atasnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai"





dua hati kini bertaut




Tuesday, December 21, 2010

sajak

seperti yang aku cakap..aku memang jiwang kan..
so, terimalah sajak pertama yang berjaya aku nukilkan..



PERINDU SEPI

Saban hari aku menanti...
suatu harapan umpama mimpi

Hendakku gapai, jauh dimata
Hendakku peluk, tiada jasadnya
Hendakku senyum, bibir membeku
Hendakku bicara, lidah terkelu

mentari siang lesu menyirami
purnama malam lemah berganti...
namun, jauh di sanubari hati
kutitipkan untukNya seribu impian...
untuk aku tetap menanti..
janji Tuhan pasti terbukti

Dalam kesepian ini..
hanya pena menjadi teman
mengukir indah kalam kerinduan..
air mata menjadi saksi suci
menjadi pemujuk ketabahan hati.....

aku sedar hakikat ini..
insan bergelar perindu sepi..
terus menanti dan menanti



macam mana?? ok x?? tapi macam x tersusun jerk kn..
(ada aku kisah?)

                                                                                                                      

Monday, December 20, 2010

welcome to DIRI SENDIRI

 agak lama tak menjenguk blog ni. antara sebabnya:
 1. sibuk exam
 2. xpandai g nk ber"blog" ni (wahahaha)

mesti ramai yg ingat aku ni jiwang karat sebab segalanya tentang cinta ni kan?? tapi percayalah yang aku sememangnya seorang yg jiwang karat....(xperlu cter kot

kenapa pilih segalanya tentang cinta??
1. aku memang suka simbol 'LOVE'
2. kita semua xkan dapat lari dari CINTA sebab cinta tu membawa maksud yang luas.
sapa setuju, jatuh tangan..
3. entah la..fikir sendiri la.. 

LOVE IS CINTA

Sunday, August 22, 2010

bismillah...

at last, aku da jgk blog sndri...tp masih dalam proses...SEGALANYA TENTANG CINTA...