Thursday, May 9, 2013

buku pink oh buku pink

assalamualaikum

lamanya tak menulis

sibuk !

cewah...

baiklah, sekarang mahu menceritakan berkenaan buku pink @ rekod kesihatan ibu mengandung

eh, kau dah mengandung?

yup, sudah 11 minggu . alhamdulillah . isteri mana yang tak suka kan bila dapat tahu diri mengandung . dan mungkin aku terlebih excited . kenapa ?

meh nak cter .

nak dijadikan cerita, lepas sebulan period, saya dah tak period lepas tu . risau ? haruslah . tapi tak pa, tunggu lagi sebab kedatangan bulan tu kadang-kadang tak tetap . sudah dua minggu menunggu, saya pon mengajak rakan-rakan untuk ke watson . hihi . tujuan utama -----> pregnancy test !

baca punya baca arahan , tibalah waktu untuk mengeksperimenkan diri . keputusan ??? samar-samar . masa tu sangat kecewa . tapi masih lagi boleh bersabar . yalah kan, baru lagi . hihi . orang lain pon boleh sabar menunggu . tapi masa tu jugak lah macam2 persoalan yang saya tanyakan kepada rakan misi saya . untungkan, ada rakan jururawat .

setelah dua bulan macam tu, bulan tu masih belum datang . apa lagi, test lagi sekali la . hihi . keputusan ??? alhamdulillah, POSITIF . dan saya sekali lagi melakukan ujian kehamilan di klinik kesihatan tanjung malim . tiada masalah untuk ujian itu . doktor suruh buat buku di mana-mana klinik ibu dan anak yang berhampiran dengan tempat tinggal .

dan di sinilah akan berlakunya sedikit sakit hati, kepenatan, dan lain-lain

kenapa ?

saya telah pergi ke klinik ibu dan anak yang berdekatan rumah saya . incik suami amik cuti half day untuk menemankan isterinya ini membuat pemeriksaan serta buku rekod kesihatan .

tapi, malangnya, sesudah sampai di sana, makcik jururawat itu telah melakukan dialog ini dengan saya ;

jururawat : adik tinggal di mana?
saya         : apartmen dahlia, bukit beruntung
jururawat : adik kena pergi buat buku kat klinik kesihatan serendah . kat sini kami terima penduduk sekitar bukit sentosa saja dik.
saya         : kenapa? klinik ni kan yang paling dekat dengan rumah saya?
jururawat : ya, tahu . tapi klinik kami ni kecikkkk saja dik, ramai sangat yang kami nak kena jaga . adik pergi klinik kesihatan serendah ya.
saya         : ok
jururawat : tapi adik jangan bagitau kami takmau terima adik kat sini tau .
saya        : ???????????

baiklah, balik dengan perasaan yang amat kecewa . nak pergi klinik kesihatan serendah, dah agak lewat. dan ditangguhkan  ke hari yang lain .

selasa , 10.30 a.m. klinik kesihatan serendah

"adik, datang pukul 2 boleh? orang dah ramai ni, takut tak sempat ."

1.45 p.m klinik ibu dan anak klinik kesihatan serendah

amik nombor

2.15 p.m. isi butiran dalam rekod kesihatan ibu

2.45 p.m. pemeriksaan kesihatan

3.15 p.m. amik darah

3.30 p.m. keputusan ujian darah

3.40 p.m. ujian air kencing

3.50 p.m. keputusan air kencing

4.15 p.m. pemeriksaan kandungan oleh jururawat masyarakat dan ceramahnya serta temujanji berikutnya

4.30 p.m. amik nombor untuk jumpa doktor

5.00 p.m. jumpa doktor. catit2 apa ntah dalam buku . ok, boleh balik, bulan depan kita scan .

3 jam saudara dan saudari sekalian, 3 jam. huhuhu...tapi saya rasa masa itu boleh disingkatkan sekiranya kakitangan cukup, jumlah doktor pon cukup.

bayangkan hanya dua orang doktor bertugas untuk melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap bayi, ibu mengandung, dan ibu lepas bersalin. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

tapi apa-apa pon, saya dah dapat buku pink dan akan menjalani rawatan pada bulan-bulan yang berikutnya

^______________________^


buku pink dan ubat-ubatan untuk di telan . hehe