Monday, May 28, 2012

saya dapat hadiah !!!


assalamualaikum...

saya dapat hadiah....suka2....

terima kasih incik Hanzalah kerana sedaya upaya menggembirakan hati saya...syukur...

Rasulullah SAW bersabda, "Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai Allah ialah menggembirakan hati orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar"


inilah barang-barang keperluan saya sewaktu praktikum nanti... something special from my soulmate... 


p/s: terima kasih untuk kasih sayang, terima kasih untuk kejujuran, terima kasih untuk kesetiaan, terima kasih untuk segala-galanya...








Saturday, May 26, 2012

moi sup

assalamualaikum...

dh dekat seminggu x update blog..sibuk sgt2..itu lah, orang lain, dah hujung2 semester ni, makin rileks, tapi bagi kami, budak2 semester 6, mmg xboleh nak rileks lagi la... dengan makro-teachingnya, dengan proposalnya, dengan assigment last minutesnya dan banyak lagi la..tapi bersyukur la, sbb masih punyai masa untuk memasak...hehe..ok, cter bab memasak, seperti biasa, ujung bulan, saya akan bertemu dengan my soulmate.. dan yang pentingnya, dia nak saya masakkan moi sup untuknya..mengidam moi sup buatan emaknya di kampung..tapi, xboleh nak dapat la kt sni kan..kalau nak jgk, jenuh la nak kna balik kedah pulak..hehe..ok lah, saya dengan rela hatinya menerima permintaan dia...buatkanlah juga moi sup...tapi xsama la dengan air tangan mak dia kan a.k.a bakal mak mertua saya..hikhik..gatal!

kelmarin, berjalan2 sekitar pekan tanjung malim yang sederhana besar itu...tujuannya? semestinya membeli kelengkapan untuk memasak...dan yang pentingnya, di temani oleh kawan saya yang seorang itu, siti aisiah a.k.a penggali kubur..thanks cah! =)

hari ni pula, bangun pagi2 dan terus ke rumah cah untuk ambil kelengkapan memasak yang saya tinggalkan di rumahnya kelmarin..sekali lagi, thanks cah! tumpangkan peti ais rumah hang..

ok, xmau cter panjang2...sekarang, on da way nak buat sup...moi, dah masak...dan hasilnya.... selepas 1 jam
-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

taraaaaaaaa....moi sup for him <3

incik hanzalah, saya xtahu sedap @ x...tapi yang pastinya mmg xsama la dengan  moi sup yang mak buatkan untuk awak...



p/s: xsedap pon..tapi boleh la tahan..hikhik...

Monday, May 14, 2012

muhasabah cinta






ya Allah dugaan apakah ini..sesungguhnya aku sudah hampir berputus asa dengan segala-galanya...namun, saat aku hampir tenggelam dengan semua ini, masih ada lagi insan yang sudi menghulurkan bantuan...bersyukur sangat..

menangis tu jangan cakap lah...dah 3 hari berturut-turut...cuma xmarathon saja lagi...huhu... saat saya sedang kesedihan, saya mengharapkan ada insan yang sudi menjadi pendengar setia, pendorong kekuatan dan yang paling penting, menjadi orang yang paling hampir dengan saya untuk saya meluahkan segala-galanya...

kakak sulung tersayang, kak arin ,sahabat yang merangkap dua pupu saya,baizuliana sahabat kaunselor saya haziera, dan xlupa juga sepupu saya, azira yang sering menjadi tempat meluahkan perasaan menjadi peneman di saat saya sedang menghadapi ujian sebegini... dalam keperitan, ada juga perasaan terharu dengan dorongan dan kata-kata semangat yang tidak pernah putus dari mereka semua... bersyukur sangat..

saya dikurniakan dengan mereka-mereka yang tidak pernah berpaling ketika saudara mereka menghadapi kesusahan... sikap saya yang tidak pernah cuba untuk bersabar, ditangani oleh mereka dengan nasihat yang berpanjangan... alhamdulillah, kata-kata semangat daripada mereka berjaya menghilangkan sedikit kesedihan yang sedang meracau di dalam jiwa dan perasaan...

alhamdulillah, keadaan kembali normal dan saya sudah belajar untuk menjadi seorang yang lebih bersabar dan berfikiran positif. sesungguhnya jodoh itu ditangan Allah..kita hanya mampu merancang, berdoa dan menerima segalanya dengan berlapang dada... syukur...

dalam kita mahu menuju ke arah yang halal, sudah pasti ada dugaan yang datang melanda kerana syaitan tidak senang dengan perkara tersebut. oleh itu, banyakkan berdoa semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah... jangan tewas dengan hasutan syaitan yang menyesatkan... na'uzubillahi min zalik...

:: muhasabah dengan apa yang telah berlaku, semoga kesulitan ini menjadi kekuatan di masa hadapan untuk kami menuju ke arah cinta yang diredhai ::

Saturday, May 12, 2012

i'm lost!





hanya mampu menangis dan menangis lagi.....

dugaan sangat...bersabarlah!

Wednesday, May 9, 2012

saya dah bertunang





saya dah bertunang..betulkah? menjadi persoalan bukan?

sebenarnya sukar untuk saya jawab persoalan yang sering diajukan..ada juga yang mengucapkan tahniah. baiklah, saya akan terangkan.

1) secara syariatnya, ya, saya sudah bertunang..alhamdulillah..
2) secara adatnya, tidak, saya belum bertunang..hanya menunggu masa yang sesuai untuk diikat dengan ikatan  pertunangan tersebut.

bila masa yang sesuai?
insyaAllah, dalam masa yang terdekat ini. hanya perlu bersabar dan berdoa semoga segala yang dirancang, dipermudahkan olehNYA.

walaupun saya masih belum menjadi tunangan orang secara rasminya, namun kedua-dua buah keluarga sudahpun mengetahui tentang perkara tersebut dan alhamdulillah, kedua-dua buah keluarga merestuinya. bukankah mendapat restu keluarga itu penting? dan sudah tentu mendapat restu Allah itu lebih penting.

saya sudahpun mengambil langkah pertama untuk menuju ke dalam hubungan yang halal dan diredhai. semoga segala-galanya dipermudahkan oleh Allah..aamiin..

jadi, sudah terjawab bukan?

saya masih belum menjadi tunangan orang secara rasmi (^_^)

ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami

Tuesday, May 8, 2012

huarghhhhhhhhhhhhhhh



ok, sakit hati lagi....

kenapa??

sinki rumah tersumbat, aku dah pam, dah ok balik..then korang guna, sisa makanan buang dalam sinki lagi. pastu kalo tersumbat lagi, aku jugaklah yang akan mengotorkan tangan, membuang sisa-sisa makanan korang 2 .. ok, aku boleh sabar lagi...

periuk aku korang guna, xbasuh..aku amik, basuh...periuk orang lain, korang guna, xbasuh jugak, korang tinggal smpai berkulat nasik dalam 2, aku amik basuh..korang repeat guna periuk aku pulak, then terjadi lg periuk aku berkulat dengan nasik basi korang, aku basuh lagi..ok, aku boleh sabar lagi..

toilet korang guna, lantai n sinki dah naik hitam, aku cuci, then korang guna, seminggu lepas 2, hitam pulak sinki n lantai, ok, aku basuh lagi, sampai satu tahap, aku biar berminggu-minggu toilet xcuci, aku yang terima padah, terjatuh dalam toilet sbb licin, then aku cuci..xpa, aku masih bersabar..

rumah semak, aku kemaskan, then korang sepahkan balik dengan makanan, plastik2 atas meja, baju2 korang sangkut kat kerusi, xpa, aku kemaskan, then korang sepahkan balik, ok, aku sabar lagi...

tapi paling aku xboleh sabar bila AKU NAK BEREHAT, ADA JA MANUSIA YANG NAK MAIN CAK2 DENGAN AKU, BUKAK TUTUP PINTU BILIK AKU, INTAI2.. KALAU AKU KUNCI PINTU, KORANG KETUK MACAM NK ROBOH PINTU BILIK....DAN ALASAN YANG PALING AKU XBOLEH TERIMA....ADA LIPAS MASUK BILIK TADI... (@_@) ngeks btol laaaa..

hormati la waktu privacy orang lain.......



Friday, May 4, 2012

benar vs palsu

assalamualaikum...baiklah, sudah agak lama tak update blog...maklumlah, sibuk..hehehe..sibuk sgt la kan...

baiklah, entri kali ni, BENAR VS PALSU @ dalam bahasa melayu yang betul, KEBENARAN LAWAN KEPALSUAN...

entri apa ni??
 sebenarnya nak ceritakan kebenaran yang selalunya ditopengkan dengan kepalsuan..nak tgk x jenis-jenis kebenaran yang ditopengkan dengan kepalsuan?? lets check it out...

nombor 1 : cantik vs kotor


selalunya kita akan tengok ramai perempuan akan bersiap cantik-cantik kan untuk ke kelas, lepak-lepak dengan kawan, pergi jalan-jalan, keluar pergi dating dan banyak lagi lah... dan persepsi kita mestilah macam ni kan:

"cantiknya dia" "comelnya dia" "indahnya ciptaan yang Maha Esa ni" "mesti seorang yang kemas ni" dan "blablablabla" lagi yang memuji tentang kecantikan dan kepandaian sesorang itu bergaya kan... tapi kadang-kadang, semua itu hanyalah kepalsuan semata-mata kerana, sebenarnya di sebalik kecantikan itu, tersembunyi satu sifat yang bukannya ada pada setiap wanita cantik, tetapi berlaku.

apa??

disebalik kekemasannya, kecantikannya dan kecomelannya dalam bergaya, ada juga yang tidak cantik dalam aspek kebersihan..opsss, maaf ya, aku sendiri pon bukanlah seorang yang pengemas sangat, tapi sebolehnya inginkan kebersihan, kekemasan dan kecantikan di sekitar ruang legar tempat aku bertapak..hahaha...

buktinya.......

nah!


alahaiii..bersepahnya bilik..disebabkan kekalutan untuk kelihatan cantik, comel dan anggun, sehinggakan tiada masa untuk mengemas....

duhai wanita, kita akan bergelar seorang isteri dan juga ibu suatu hari ini, mahukah kalian membiarkan rumah tangga kalian menjadi sebeginiakibat terlalu taksub dengan kecantikan diri sendiri.. apa-apa pon, jadilah diri sendiri, dan tidak perlu untuk kelihatan terlalu cantik pada pandangan mata orang lain, namun dalaman kamu tidak cantik. huhu. macam luahan perasaan pulak kan.. hehe. the keyword is jagalah kekemasan diri dan persekitaran anda!!! cantik luar, cantik dalam, cantik segala-galanya...

2. alim-alim kucing

weee......tgk gambar dulu lah..

 situasi sebegini seringkali terjadi melalui laman sesawang.. kenapa? kerana lebih mudah untuk kita menjadi orang lain dalam laman sesawang ini.. jadi apa kaitan dengan alim-alim kucing?

pernah tengok kucing tak?kucing akan tunjuk perlakuan yang baik dihadapan tuannya, namun, di belakang tuannya, ia akan mencuri juga ikan yang berada di dapur. hehe. betul tak? kalau salah, maaf!

situasi ni berlaku apabila seseorang yang selalu "post" sesuatu yang islamik dalam facebooknya.. dan persepsi kita, mestilah:

"baiknya dia", "wah, mesti alim ni!"

bercerita itu dan ini, menghukum orang lain tentang dosa dan pahala. contohnya, bercouple itu haramlah, dan sebagainya.. namun hakikatnya................



dia juga sedang dilamun cinta..bersms, berskype, berfacebook, berchatting, bergayut....hmm..wajar x?

sememangnya tak salah untuk menyebarkan sesuatu perkara yang baik dan perkara itu juga disuruh dalam agama. tapi, janganlah cakap tak serupa bikin bro! dan the keyword is, lihatlah apa yang diperkatakan oleh seseorang itu dan janganlah melihat orang yang bercakap tentangnya...maksudnya, lihat isi ja lah kan,dan ambil iktibar daripada percakapannya itu...

weee, marah nampak kan, asyik komen orang ja aku ni kan... bukan komen, cuma nak menyampaikan realiti yang sering terjadi di sekeliling diri ini.. moga, entri kali ini dapat dijadikan panduan untuk aku dan juga sahabat2..

astaghfirullahal'azim