Thursday, March 24, 2011

reunion...

Alhamdulillah…hari ahad yang lepas..20/3/2011 aku dengan kawan2 aku , myla, bye n ziera, berkesempatan untuk pergi KL berjumpa dengan sahabat2 kami yang dah lama xjumpa…ieyna kecik…budak ni asal dari sabah..tapi bersekolah kt perlis…then, tamat ja tingkatan 5, dia pon kembali semula ke negeri kelahirannya…mulai saat 2 la, aku dengan sahabat2 yang lain membawa haluan masing2..yang menetap kt perlis 2, mmg senang la nk jmpa kn..tp kami mmg excited sangat nk jmpa budak2 bertiga yang dah menunggu kami kt KL…wen, ieyna n zarf…dekat 5 tahun da xjumpa ieyna…wen n zarf, walopon lama jgk xjmpa, tapi bleh lagi la jmpa sebab semua dok kt semenanjung n masih lagi dalam kawasan utara..so, senang skit nk gathering…hah..lupa lak nk gtau, kitorang semua ni masa kt sekolah menengah dlu (kangar Islamic girl school) kira macam geng la…hikhik…n otai…itu yang penting…aku masih ingat lg, masa tingkatan 3, diorang semua ni namakan geng diorang sebagai blueroses89…kalo xsalah, zarf la orang yang bertanggungjawab menamakan geng mereka ni..hehehe…sebab apa diorang?? Bukan kami??? Sebab masa 2 aku ni join lagi geng diorang..skema la katakan..masa form 3 baru try nk rapat2 n masa form 4 baru aku ni rapat dengan geng diorang…eh, geng kami…aku mmg suka dengan semangat persahabatan yang geng diorang ada…walopon diorang sedikit nakal, tapi diorang berani menegakkan keadilan…so, aku pon join la geng diorang ni..kawan2 baik aku pon ramai yang ada dalam geng kami ni..hehe..k lah, xyah la cter sal geng2 ni kan..sebab apa yang cuba aku smpaikan disini mengenai pertemuan semula kami kt KL nuh…

Geng2 yang ada kt upsi, aku, myla, bye n ziera bertolak ke KL pkul 1 petang…lambat kn?? Sebab tggu cik haziera  yang sememangnya busy denga aktiviti persatuannya…macam2 dugaan lak yang menimpa kami dalam perjalanan 2…xsampai pon 10 minit keluar dari susur keluar tanjung malim, bas yang kami naiki 2 berhenti secara tiba2..dalam erti kata lain, rosak la 2..huhuhu….tapi dalam 15 minit cam2, bas 2 jalan balik…15 minit perjalanan, dia berenti lagi..kali ni lama la plak dia berenti…kami berempat yang dalam bas 2 mmg dah bsing2 dah..sengaja nk menghavockan keadaan..hahahahaha….dalam masa yg sama, kawan kami yang setia menunggu di KL nuh asyik call n bertanyakan kami di mana..hehehe…maklumla, memang kami dah lewat sgt da masa 2…..okeh, nk dipendekkan cerita, kami diminta untuk bertukar bas yang seterusnya...naik bas yang seterusnya pon, ada dugaan juga…traffic jam…hadoiii…mcm2…

Setelah menempuh segala cubaan dan dugaan 2, kami pon smpai la KL lebih kurang pukul 3.30 petang…2 jam setengah 2 perjalanan kami dari tg.malim ke KL..heheheh…then, solat dulu, pas2 meneruskan perjalanan kami ke TS...akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaa….bertemu jgk kami dengan sahabat2 kami yang lain….alhamdulillah….perut pon dah terasa lapar, jadi kami membuat keputusan untuk makan2 dlu di food court…masa makan 2, macam cerita yang keluar..ya lah, lama xjumpa kn..hikhik..soalan femes yang terkeluar daripada sahabat2 kami, “siapa yang kawen dlu r nti?”…semua xmemberikan jawapan, hanya berderai gelak tawa ja….
Lepas makan, pergi meneroka segenap TS dan membuat keputusan untuk menghabiskan masa kt tempat game saja..maklumla…cuaca xbrapa elok n kami xberkesempatan untuk berjalan-jalan ke tempat lain…dah puas gelak2, enjoy2…tibala masa untuk kami semua bertolak balik…huhuhuhu….semua nampaknya macam keberatan untuk balik..berkumpul di hadapan pintu masuk TS 2, ambil gambar lagi…peluk, cium…kaki terpaksa melangkah pergi walaupun hati berat sangat untuk meninggalkan sahabat2 tercinta…bergenang air mata salah seorang sahabat kami…sabarlah…nanti kita jmpa lagi…ukhuwah yang kita bina, insyaAllah xkan terputus smpai bila2….masing2 masih lagi melayan perasaan walopon kaki telah menapak jauh dari tempat kami bertemu tadi..haish….seronok sgt dapat jmpa kwn2…ieyna n zafirah, balik ke chow kit…aku, myla, bye n ziera akan balik ke UPSI..wen, akan balik ke UM…

Kini dengarkanlah..dendangan lagu tanda ingatanku…kepadamu teman…agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu..kenangan bersamamu..xkan ku lupa walau badai datang melanda walau bercerai jasad dan nyawa…….



aku, myla,iena,ziera,zafirah,bye,wen 




Monday, March 21, 2011

~ketenangan~




tak tahu nk cakap..tapi memang tenang sangat ati ni bila dengar seseorang cakap macam 2....ya Allah....berbunga2 hati ni...hmmmm..suka+gembira+sayu+sedih..
ya Allah..semaikanlah cintaku kepada insan yang mencintaiMU......

Thursday, March 17, 2011

saya LOVE bear

wewewewewew......
macam xda keja ja sekarang ni..walhal banyak sangat kerja yg xsettle g...
bestnya meng'google' image bear..
saya memang suka sangat2 bear..
okeh..mari kita tengok bear yang comel2 ni...







comellllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll

kalo nk ikotkan dah ada 6 ekor bear di rumah...
hekhek...
1 ja aku beli..
yang lain semua orang yang bagi..hikhik...
suka3....

tapi yang paling aku sayang....
tadaaaaaaaaaaa....

 cayang busyukkk....

p/s: nk teddy lg leh x??????

Saturday, March 12, 2011

~bunga @ wanita~


Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi… begitulah juga orang yang cantik; kebanyakannya jarang berbudi.
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, “kamu ni cantiklah,” maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah dia.
Ah… siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan menawan? Begitulah resam manusia,
seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya.
Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.
Wanita yang cantik selalu ditimpa ‘perasan’ kerana sedar dirinya punya kelebihan.
Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya.
Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu.
Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.
Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa.
Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya.
Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.
Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.
Jadilah laksana Nakhoda
Ke mana diarah di situlah perginya,
alangkah dayusnya dia.Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk
dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut,
merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.



Alangkah indahnya jika si isteri tadi,
kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.
Andai dia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.
Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi,
lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya.
Cantik warnanya, harumnya tiada.
Sebaliknya wanita yang kurang cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya,
sentiasa mencari keredhaan-Nya, ibarat bunga cempaka.
Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.
Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang.
Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang.
Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan.
Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.
Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata.
Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi.
Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.
Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.
Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia.
Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhluk-Nya.
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya.
Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya.
Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya.
Resah adalah kerana menghitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.
Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah
(sikap negatif) akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota.
Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah.
Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,
cantik hodoh itu adalah pemberi-Nya.
Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan.
Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing
dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.
Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.
Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?
Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita mendaki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.
Asal manusia adalah  dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita.
Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu,
untuk apa digunakan.
Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam.
Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.
Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau.
Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang.
Langit yang dijadikan-Nya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang.
Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran



Sunday, March 6, 2011

terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya

Kita mungkin pernah mendengar ungkapan-ungkapan sepert 'lidah tidak bertulang' atau lidah itu lebih tajam daripada pedang. Daripada ungkapan-ungkapan itu nyatalah tugas lidah atau tutur kata amat besar dalam hidup manusia. Kesan terlanjur cakap tidak kurang yang tergadai maruah dan kerana mulut atau tutur kata juga menjadikan badan binasa.
Jika kita merenung tentang kejadian alam ciptaan Allah s.w.t nyatalah terdapat pelbagai keanehan dan perkara-perkara pelik yang dapat kita saksikan yang mana itu semua sebagai tanda tentang keagungan dan keesaaan Allah s.w.t.
Di antara keanehan keanehan itulah kita temui lidah. Ia adalah daging berbentuk kecil dan lembut yang terlindung di dalam mulut. Lidah juga termasuk daripada anugerah Allah Yang Maha Besar yang amat mustahak sebagai penghubung antara satu sama lain, menerusi percakapan mahu pun untuk mencapai keredaan Tuhan.
Lidah jugalah yang boleh menyebabkan manusia itu terjerumus ke dalam api neraka.
Berhati-hati
Oleh kerana lidah boleh membawa kepada perkara yang baik dan buruk, maka kita hendaklah berhati-hati dalam menggunakan lidah. Dalam hubungan lain, kita hendaklah berhati-hati apabila bertutur. Kesan tersalah cakap boleh membawa sakit hati kepada orang lain. Tidak kurang pula yang membawa kesusahan dan kerugian.
Oleh itu, sebaik-baik cara mengawal diri daripada perkara-perkara yang tidak diingini ialah dengan diam. Diam dalam erti kata tidak bercakap dalam perkara yang sia - sia dan tidak baik.
Sehubungan dengan ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud.
"Manusia itu ada tiga macam (jenis).
Pertama: Yang mendapat pahala.
Kedua: Yang selamat daripada dosa.
Ketiga: Yang binasa.
Orang yang mendapat pahala ialah orang yang sentiasa mengingati Allah, berzikir dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa ialah orang yang sentiasa melakukan perkara-perkara maksiat."
Orang yang beriman dan bijaksana selalunya tidak berkata atau bercakap sesuatu yang tidak berfaedah. Mereka seperti ini menjaga setiap tutur kata dan percakapan. Mereka mengelakkan daripada berkata sesuatu yang tidak berfaedah atau sia-sia apatah lagi mengumpat keji atau mencaci sesama manusia. Sesuai dengan Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat orang mukmin itu pendiam dan mempunyai kehormatan diri, maka dekatilah dia, kerana dia akan mengajarkan kau ilmu hikmah."
Nyatalah orang yang beriman akan menggunakan lidah dan bercakap hanya untuk perkara-perkara yang berfaedah. Setiap patah yang hendak diucapkan difikir semasak-masaknya supaya setiap patah yang ditutur itu berfaedah dan mendapat pahala. Kita juga dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya, Kerana, semakin banyak kita bercakap, semakin banyaklah kesilapan. Orang-orang munafiq pula akan bercakap apa sahaja tanpa memikirkannya terlebih dahulu.
Di dalam sebuah Hadis lain yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Najah dan Abu Hurairah, disebutkan Rasulullah s.a.w. ditanya tentang sebab terbesar yang membawa masuk syurga. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: Taqwa kepada allah dan akhlaq yang baik." Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan."
Daripada hadis di atas jelaslah penyalahgunaan lidah iaitu kerana tutur kata dan percakapan dan juga penggunaan kemaluan yang bertentangan dengan hukum-hukum boleh membawa manusia ke neraka.
Seorang ahli sufi yang terkenal, al-Hassan al-Basri pula pernah menyebutkan, orang yang tidak menjaga lidahnya ialah orang yang tidak memahami agamanya. Oleh itu, sebagai orang Islam, kita hendaklah menjaga lidah kita daripada bertutur perkara-perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah seperti mengumpat, mencaci dan berbohong.
Bertentangan
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Berbahagialah orang yang menahan kelebihan lidahnya dan membelanjakan kelebihan hartanya."
Untuk menjaga keharmonian hidup dalam masyarakat amatlah penting kira mengawal lidah agar tidak timbul perselisihan dan perbalahan. Sebuah masyarakat yang aman dan harmoni terbentuk kerana ahlinya hidup kasih mengasihi antara satu sama lain, tidak menghasut dan mempelagakan antara satu sama lain.
Luqmanul Hakim pernah ditanya: "Apakah falsafah hidupmu?" Beliau menjawab: "Aku tidak bertanya sesuatu yang telah memadai bagiku dan aku tidak memberatkan diriku akan sesuatu yang tidak penting bagiku."
Tidak syak lagi penyalahgunaan lidah dan percakapan itu bukan sahaja menjadikan seseorang itu menerima seksaan Allah malah kesannya amat buruk kepada masyarakat. Kesan percakapan yang tidak sihat dan tuduh menuduh, umpat mengumpat dan hasut menghasut menjadikan sebuah masyarakat huru hara dan porak peranda.
Oleh itu kita sebagai umat Islam hendaklah berhati-hati apabila bercakap. Sebelum berkata, fikirlah dulu buruk baiknya kerana jika tersilap kata buruk padahnya. Peribahasa kita ada menyebut: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Dengan apa yang dipaparkan ini, semoga mendapat dimanfaatkan bersama dan juga utk rakan-rakan yg lain.
Wallahu a'lam

copy paste~~~~