Monday, March 11, 2013

tak susah pun nak kahwin


Assalamualaikum…

Whoah, lamanya tak menjengok blog.. rindu tak? Hahahaha..
Memandangkan saya kini sudah bergelar seorang isteri, maka entri kali ni seakan-akan memaksa saya menulis berkaitan perkahwinan.. cewah!

Baiklah, mari kita mulakan..
Semasa saya sedang diikat dengan ikatan pertunangan tu, ramai sangat kawan-kawan yang bertanya. Antara soalan popular adalah:

1)      Weeee, seronoknya, bila nak langsung?
2)      Weh, camna hang bgtau family hang kata hang nak kawen?
3)      Best tak jadi tunang orang?

Antara soalan-soalan tersebut, saya berminat untuk menjawab soalan yang kedua. Hahaha. Tahu kenapa? Sebabnya, berbagai prosedur yang perlu saya jalani dalam fasa tersebut.

Baiklah, masa mula-mula nak bagitau family hal kawen ni, seriously takut sangat-sangat. Ya lah, tak habis belajar lagi kan. Nanti apa pulak kata mak n ayah n kaum kerabat. Dan dalam hal ini, saya mengambil orang tengah untuk menyatakan hasrat hati saya ni.

SAYA :Kak arin, gtau sat mak n ayah orang nak tunang raya ni
KAKAK: Gtau lah sndri, mak n ayah dah tau kan?
SAYA :Hah? Ayah pon tau..alamaakkkkk.. (masa ni masih merahsiakan hubungan dengan si dia. Ayah tak tau, mak ja tau)
KAKAK:Ha la, dah besaq kan? Mmg umuq untuk kwen kan? Gitau la, ayah ok ja.
SAYA: Hmmm..ok, I’ll try
Dan nak dijadikan cerita, masa balik kampung cuti mid sem
SAYA :Mak, ayang nak tunang raya ni
MAK :Galak lah
(~,~)
Dan masih tidak berputus asa
SAYA :Mak, nak tunanglah raya ni
MAK :Ikot  suka lah ayang
(-,-)
Dan masih tidak berputus asa
SAYA :Mak, boleh tak nak tunang raya nanti
MAK : Ok, tetap dah hati tu nak jadi bini orang?
(^_^)

Selepas peristiwa desak mendesak itu, mak saya pon memberitahu lah ayah saya yang anak mereka ini sudah gatal hendak memberi menantu kepada mereka.
Mak saya Nampak macam tak suka ja kan? Tapi percayalah, mak saya merupakan mak yang paling sporting habis dalam hal ini..hihi..dan mak saja ja nak bagi saya cakap benda tu ulang-ulang.huhu.kejam.
Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari 29 april 2012

Waktu ni masih lagi bakal menantu la.

MENANTU :Assalamualaikum makcik. Sihat?
MAK:Sihat?
MENANTU: Watpa tu? Dah solat? (Hullamak, bakal menantu Tanya bakal mak mertua macam tu..hikhik…)
MAK :Dah. Dah. Ada apa ni?
MENANTU: Tak ada apa, Cuma nak bagitau nanti rombongan keluarga saya nak p meminang anis (arghhh…suka mak tauuuu)
MAK: Bila tu?
MENANTU: Lepas raya nanti. Tapi nanti saya bawak mak dan keluarga saya p bincang dulu dengan keluarga makcik, boleh?
MAK: Boleh-boleh. Nak mai brapa orang
MENANTU: Tak tau lagi, kena balik dulu lah.
MAK: Tak pa lah kalau macam tu. Mai la umah makcik. Kan cuti 1 mei nanti.
MENANTU: Haaa?? Ermmm.. boleh ka?
MAK: Boleh aihh, mai laaa..nak berkenalan.
MENANTU: Ok2, insyaAllah, saya sampai.

Dan bermulalah episode di mana suami saya pergi ke rumah dan disoal siasat oleh mak dan ayah saya. Wahahaha.
Alhamdulillah, family saya menerima bakal suami saya itu dengan besar hati.

21 ogos 2012

Dengan lafaz bismillah, mak mertua saya menyarungkan cincin di jari manis saya dan saya selamat bergelar tunangan orang. Percaya atau tidak bahawa hari tersebut merupakan kali pertama saya bertentang mata dengan bakal mak mertua saya. Gelabah biawak la tahu tak. Memang photographer cakap muka gelabah sangat, haha.

Malu la kan. Pertama kali bertentang mata. Tapi bukan pertama kali bertentang mata dengan encik suami. Hikhik.

Bincang, dan bincang dan bincang. Hanya mas kawen dan wang hantaran sahaja diputuskan  pada hari tersebut.

Tarikh kawen? Sabar2.

Bincang punya bincang, punya bicang. Tarikh 13 februari dipilih untuk majlis perkahwinan.

Tapi tetiba sahaja mendapat panggilan daripada bakal suami yang menyatakan bahawa tarikh kawen terpaksa di ubah. What???? Ahhhh

Alhamdulillah, dipercepatkan tarikh tersebut. Hihi. Macam nak melompat ja masa tu. Ok, Nampak kan kegedikan saya?

Dan tarikhnya adalah:

Akad nikah: 8 feb 2013
Majlis pihak perempuan: 9 feb 2013
Majlis pihak lelaki: 10 feb 2013

Dan Alhamdulillah, hari yang ditunggu-tunggu tiba juga walopon dalm keadaan yang sangat sibuk dalam menyediakan macam-macam persiapan.

Aku terima nikahnya nazatul anis binti mat fuazi dengan mas kahwinnya …… ringgit tunai.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Saya sudah bergelar seorang isteri.

Tidak rumit bukan nak berkahwin.

Yang pentinggggggg

1)      Tunjukkan kesungguhan anda dalam sesuatu perkara
2)      Yakinkan kedua-dua orang tua anda bahawa anda sudah boleh berumah tangga
3)      Mantapkan urusan dengan ALLAH
4)      Banyakkan berdoa
5)      Siapkan diri untuk menjadi isteri, ibu, menantu , kaum kerabat yang baru
6)      Dapatkan redha kedua-dua orang tuamu kerana redha Allah itu terletak dalam  redha ibu bapa
7)      Istikarah
8)      Bina hubungan baik dengan orang sekeliling
9)      Mantapkan rohani
10)   Siapkan mental dan fizikal
11)   Trust each other

let me be by yourside forever baba !