Assalamualaikum…
Whoah, lamanya tak menjengok blog.. rindu tak? Hahahaha..
Memandangkan saya kini sudah bergelar seorang isteri, maka
entri kali ni seakan-akan memaksa saya menulis berkaitan perkahwinan.. cewah!
Baiklah, mari kita mulakan..
Semasa saya sedang diikat dengan ikatan pertunangan tu,
ramai sangat kawan-kawan yang bertanya. Antara soalan popular adalah:
1)
Weeee, seronoknya, bila nak langsung?
2)
Weh, camna hang bgtau family hang kata hang nak
kawen?
3)
Best tak jadi tunang orang?
Antara soalan-soalan tersebut, saya berminat untuk menjawab
soalan yang kedua. Hahaha. Tahu kenapa? Sebabnya, berbagai prosedur yang perlu
saya jalani dalam fasa tersebut.
Baiklah, masa mula-mula nak bagitau family hal kawen ni,
seriously takut sangat-sangat. Ya lah, tak habis belajar lagi kan. Nanti apa
pulak kata mak n ayah n kaum kerabat. Dan dalam hal ini, saya mengambil orang
tengah untuk menyatakan hasrat hati saya ni.
SAYA :Kak arin, gtau sat mak n ayah orang nak tunang raya ni
KAKAK: Gtau lah sndri, mak n ayah dah tau kan?
SAYA :Hah? Ayah pon tau..alamaakkkkk.. (masa ni masih
merahsiakan hubungan dengan si dia. Ayah tak tau, mak ja tau)
KAKAK:Ha la, dah besaq kan? Mmg umuq untuk kwen kan? Gitau la,
ayah ok ja.
SAYA: Hmmm..ok, I’ll try
Dan nak dijadikan cerita, masa balik kampung cuti mid sem
SAYA :Mak, ayang nak tunang raya ni
MAK :Galak lah
(~,~)
Dan masih tidak berputus asa
SAYA :Mak, nak tunanglah raya ni
MAK :Ikot suka lah
ayang
(-,-)
Dan masih tidak berputus asa
SAYA :Mak, boleh tak nak tunang raya nanti
MAK : Ok, tetap dah hati tu nak jadi bini orang?
(^_^)
Selepas peristiwa desak mendesak itu, mak saya pon
memberitahu lah ayah saya yang anak mereka ini sudah gatal hendak memberi
menantu kepada mereka.
Mak saya Nampak macam tak suka ja kan? Tapi percayalah, mak
saya merupakan mak yang paling sporting habis dalam hal ini..hihi..dan mak saja
ja nak bagi saya cakap benda tu ulang-ulang.huhu.kejam.
Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari 29 april 2012
Waktu ni masih lagi bakal menantu la.
MENANTU :Assalamualaikum makcik. Sihat?
MAK:Sihat?
MENANTU: Watpa tu? Dah solat? (Hullamak, bakal menantu Tanya
bakal mak mertua macam tu..hikhik…)
MAK :Dah. Dah. Ada apa ni?
MENANTU: Tak ada apa, Cuma nak bagitau nanti rombongan
keluarga saya nak p meminang anis (arghhh…suka mak tauuuu)
MAK: Bila tu?
MENANTU: Lepas raya nanti. Tapi nanti saya bawak mak dan
keluarga saya p bincang dulu dengan keluarga makcik, boleh?
MAK: Boleh-boleh. Nak mai brapa orang
MENANTU: Tak tau lagi, kena balik dulu lah.
MAK: Tak pa lah kalau macam tu. Mai la umah makcik. Kan cuti
1 mei nanti.
MENANTU: Haaa?? Ermmm.. boleh ka?
MAK: Boleh aihh, mai laaa..nak berkenalan.
MENANTU: Ok2, insyaAllah, saya sampai.
Dan bermulalah episode di mana suami saya pergi ke rumah dan
disoal siasat oleh mak dan ayah saya. Wahahaha.
Alhamdulillah, family saya menerima bakal suami saya itu
dengan besar hati.
21 ogos 2012
Dengan lafaz bismillah, mak mertua saya menyarungkan cincin
di jari manis saya dan saya selamat bergelar tunangan orang. Percaya atau tidak
bahawa hari tersebut merupakan kali pertama saya bertentang mata dengan bakal
mak mertua saya. Gelabah biawak la tahu tak. Memang photographer cakap muka
gelabah sangat, haha.
Malu la kan. Pertama kali bertentang mata. Tapi bukan
pertama kali bertentang mata dengan encik suami. Hikhik.
Bincang, dan bincang dan bincang. Hanya mas kawen dan wang
hantaran sahaja diputuskan pada hari tersebut.
Tarikh kawen? Sabar2.
Bincang punya bincang, punya bicang. Tarikh 13 februari
dipilih untuk majlis perkahwinan.
Tapi tetiba sahaja mendapat panggilan daripada bakal suami
yang menyatakan bahawa tarikh kawen terpaksa di ubah. What???? Ahhhh
Alhamdulillah, dipercepatkan tarikh tersebut. Hihi. Macam nak
melompat ja masa tu. Ok, Nampak kan kegedikan saya?
Dan tarikhnya adalah:
Akad nikah: 8 feb 2013
Majlis pihak perempuan: 9 feb 2013
Majlis pihak lelaki: 10 feb 2013
Dan Alhamdulillah, hari yang ditunggu-tunggu tiba juga
walopon dalm keadaan yang sangat sibuk dalam menyediakan macam-macam persiapan.
Aku terima nikahnya nazatul anis binti mat fuazi dengan mas
kahwinnya …… ringgit tunai.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Saya sudah bergelar seorang isteri.
Tidak rumit bukan nak berkahwin.
Yang pentinggggggg
1)
Tunjukkan kesungguhan anda dalam sesuatu perkara
2)
Yakinkan kedua-dua orang tua anda bahawa anda
sudah boleh berumah tangga
3)
Mantapkan urusan dengan ALLAH
4)
Banyakkan berdoa
5)
Siapkan diri untuk menjadi isteri, ibu, menantu
, kaum kerabat yang baru
6)
Dapatkan redha kedua-dua orang tuamu kerana
redha Allah itu terletak dalam redha ibu
bapa
7)
Istikarah
8)
Bina hubungan baik dengan orang sekeliling
9)
Mantapkan rohani
10)
Siapkan mental dan fizikal
11)
Trust each other
let me be by yourside forever baba ! |
Huhu...nampak keikhlasan seorang isteri....tahniah naza untuk kesekian kalinya
ReplyDeleteterima kasih wanie..tahniah untuk wanie jugak.. =)
Deletecongrats nazatul~ ;)
ReplyDeletethnks kak liza =)
Delete