Monday, August 8, 2011

PUASA ----> RAYA ----> SOMEONE ----> SEMESTER 5 !!!!

semoga ramadhan kali ini memberi lebih makna...
sedar xsedar dah dekat seminggu lebih kita berpuasa kan..puasa?? bez la..bulan ramadhan kn setahun sekali ja...dan ia merupakan bulan yg penuh keberkatan...yang beznya time puasa ni, xbnyak sgt aktiviti yg dilakukan...banyakkan aktiviti kerohanian saja...=)

baru seminggu lebih puasa, tapi sibuk memikirkan baju raya...bila p mana2 pasar besar, TESCO, GIANT, dan xlupa gerai2 yg dibuka sempena mnyambut syawal yg akan tiba xbrapa lama lg, mmg baaaaaanyak sgt baju2 raya yg tergantung dan mata pon mula la nk tergantung jgk kt situ..hahaha...tp boleh tgk2 ja..hm..nk bli?? mmg la nk..tp bla memikirkan dah jnji dgn incik hati saya utk bli baju raya sama2, xjd lah nk bli..tp bla ayah mngangguk tnda setuju dgn baju yg aku pegang 2, tergugat gak iman nk membeli...tapi.......mak plak xsetuju...yalah, corak n fesyen baju yg aku nk 2 sebenarnya lebih kurang ja dengan baju2 raya aku tahun2 lepas..huhu..ok, xjadi bli..tapi xpa..lambat g kan nk raya..heheh..masih banyak lg masa utk menyopping...=)

raya...raya..raya...

raya..bila dikira-kira dgn jari aku yg agak montel ni..lebih kurang 21 hari lg nk raya kn..semangat betul...ada apa2 kah?? tentunya...raya nti lah semua sanak saudara akan berkumpul kan..jadinya, mmg meriah la kampung n rumah nenek n atok2 kita di kampung 2 yg sebelum ni mmg sunyi sgt2 kan..bez! anak2 yang berada di rantauan akan pulang utk sma2 meraikan hari yg mulia ni bersama-sama keluarga tersayang...oleh itu, incik hati saya yang berada di negeri org jgk akan pulang ke kmpung halamannya...yeay!!

wait 4 u 2 coming home....


ok, lepas ja raya dua minggu, maka, saya sebagai seorang pelajar ijazah sarjana muda pendidikan bahasa melayu, akan pulang ke tnjung malim utk meneruskan pengajian saya bagi semester yang ke 5..haish..mcm mna la kan..dh la cuti 4 bln...TNPA BUAT APA2...selain dok di rumah dan blajar mnjadi suri rumah sepenuh masa, nk bkak bku balik..haish...moga2 semuanya akan berjalan lancar..insyaAllah...=)



p/s: puasa tinggal lg 3 minggu, incik hati nk balik lagi 18 hari, nk kembali ke kolej lagi 5 minggu...

Thursday, July 21, 2011

CUTI

cuti 4 bulan...buat apa?? dok umah saja..jadi suri rumah sepenuh masa..masak, mengemas, tolong persiapan kahwin, jadi tokey panggung, gaduh dengan anak saudara, ambik anak sedara dari sekolah...mangsa2 aku sepanjang cuti ni..mesti la laptop, enset n tv..hehehe..hari2 online, msg n tgk tv...macam2 lagi lah...seriously, bosan tahap cipan..asyik dok umah ja..aku pon mmg jenis yang malas nak bertandang ke umah jiran2..so, terperap kt umah saja la..tggu my luvly ayah cuti ja, baru la berpeluang keluar ke mana2..dua minggu sekali balik perlis..masa 2 la aku amik peluang utk keluar lepak2 dgn sepupu aku n kawan2 aku..tp 2 pon kalo spupu aku ajak kuar..kalo x, dok umah tok aku saja la kt perlis 2 pon...hehehe..lagi 1, mmg dah jd perangai aku, kalo aku xda mood nk kuar melepak, jgn gatal2 nk ajak aku kuar...sbb aku xkan kuar pnya...emm..bosan?? mmg la bosan...xyah nk cakap la kn...tapi dalam bosan2 2, ada jgk yang bez..ya lah, time ayah aku cuti ujung mggu, kami akan kuar..destinasi?? xkira la..kadang2 smpai sg. petani....window shopping..ahaks..bez wooo...mggu lepas, p pantai merdeka..berkelah kt sna..lama x p sna..bnyak sgt perubahan..semakin cntik..bgus2, dapat tarik ramai pelancong..hehe...tapi, panas skit la..haish...tepi pantai, mmg la panas kn..teringan gak nk mndi manda kt situ..tp air xelok sgt...xmcm kt langkawi..ha..LANGKAWI...minggu ni dapat peluang p langkawi...yesss!!! suka sgt2...esok akan bertolak ke langkawi...yeeehhaaa...lama jgk x p langkawi..dekat2 10 tahun dah xp...lama kan..hehehe...ok, sebenarnya banyak lagi pengalaman aku sepanjang cuti ni, tp xkan la nk catatkan semuanya kan..hikhik..gpon dh lama aku x berblog ni...kalau nk wt marathon, utk tulis semua, mmg pnt la...apa2 pon, semoga korang semua hepi dengan percutian korang terutama student2 u yg dapat cuti 4 bulan tuh...=)

Friday, June 17, 2011

dugaan

haish...dugaan sungguh..dah la xda keja cuti2 ni, charger laptop pon mula la nk wat hal..huhuhu..alangkah sdeynya hatiku...saat tgh syok membaikpulih blog, charger plak rosak..huhuhu....xpa la, kna p check dlu apa sbnrnya yg rosak..laptop or charger....haish....

dalam pembaikpulihan

wewewew...sesaja gatal nk tukar mood blog~~~

Saturday, April 16, 2011

dah bertunang???




nazatul, orang dah bertunang syarie...insyaAllah tahun depan akad nikah..=)
mesej daripada sahabat yang disayangi..
alhamdulillah..tp bertunang syarie??? maksudnya...
maksudnya...dia dah bertunang la...dalam islam...bertunang 2 bermaksud, apabila seseorang lelaki telah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan seseorang wanita dan wanita itu bersetuju, maka mereka telahpun bertunang....
tapi bertunang bagi orang zaman sekarang ni, yang ada cincin, hantaran semua 2, adat ja....
bla difikirkan balik....
aku dah bertunang ka ni?? 
hehe...muhasabah diri balik yerk nazatul anis mat fuazi...
dalam islam jugak menyatakan yang bila seseorang perempuan 2 dah bertunang, maka adalah haram sekiranya seseorang lelaki hendak meminang perempuan tersebut..
pas2 ari 2 aku ada jgk dengar kawan2 aku cakap mcm ni..."dia dah khitbah la weh"
khitbah pulak...apa 2....ok...jom teroka...hehe...copy paste from notakaki.com


Khitbah
Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?).
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda, duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa tidak akan bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kerosakan moral telah menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh media massa mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

......dah faham kan??...
jadi...dah bertunangkah kamu semua??
hehehe......

Friday, April 8, 2011

surat untuk jodohku....




Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?


Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?


Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?


Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.


Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..


Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.


Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..


Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas


Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..


Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…


Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..


Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.
Salam hormatku dan sayangku untukmu….