Monday, March 11, 2013

tak susah pun nak kahwin


Assalamualaikum…

Whoah, lamanya tak menjengok blog.. rindu tak? Hahahaha..
Memandangkan saya kini sudah bergelar seorang isteri, maka entri kali ni seakan-akan memaksa saya menulis berkaitan perkahwinan.. cewah!

Baiklah, mari kita mulakan..
Semasa saya sedang diikat dengan ikatan pertunangan tu, ramai sangat kawan-kawan yang bertanya. Antara soalan popular adalah:

1)      Weeee, seronoknya, bila nak langsung?
2)      Weh, camna hang bgtau family hang kata hang nak kawen?
3)      Best tak jadi tunang orang?

Antara soalan-soalan tersebut, saya berminat untuk menjawab soalan yang kedua. Hahaha. Tahu kenapa? Sebabnya, berbagai prosedur yang perlu saya jalani dalam fasa tersebut.

Baiklah, masa mula-mula nak bagitau family hal kawen ni, seriously takut sangat-sangat. Ya lah, tak habis belajar lagi kan. Nanti apa pulak kata mak n ayah n kaum kerabat. Dan dalam hal ini, saya mengambil orang tengah untuk menyatakan hasrat hati saya ni.

SAYA :Kak arin, gtau sat mak n ayah orang nak tunang raya ni
KAKAK: Gtau lah sndri, mak n ayah dah tau kan?
SAYA :Hah? Ayah pon tau..alamaakkkkk.. (masa ni masih merahsiakan hubungan dengan si dia. Ayah tak tau, mak ja tau)
KAKAK:Ha la, dah besaq kan? Mmg umuq untuk kwen kan? Gitau la, ayah ok ja.
SAYA: Hmmm..ok, I’ll try
Dan nak dijadikan cerita, masa balik kampung cuti mid sem
SAYA :Mak, ayang nak tunang raya ni
MAK :Galak lah
(~,~)
Dan masih tidak berputus asa
SAYA :Mak, nak tunanglah raya ni
MAK :Ikot  suka lah ayang
(-,-)
Dan masih tidak berputus asa
SAYA :Mak, boleh tak nak tunang raya nanti
MAK : Ok, tetap dah hati tu nak jadi bini orang?
(^_^)

Selepas peristiwa desak mendesak itu, mak saya pon memberitahu lah ayah saya yang anak mereka ini sudah gatal hendak memberi menantu kepada mereka.
Mak saya Nampak macam tak suka ja kan? Tapi percayalah, mak saya merupakan mak yang paling sporting habis dalam hal ini..hihi..dan mak saja ja nak bagi saya cakap benda tu ulang-ulang.huhu.kejam.
Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari 29 april 2012

Waktu ni masih lagi bakal menantu la.

MENANTU :Assalamualaikum makcik. Sihat?
MAK:Sihat?
MENANTU: Watpa tu? Dah solat? (Hullamak, bakal menantu Tanya bakal mak mertua macam tu..hikhik…)
MAK :Dah. Dah. Ada apa ni?
MENANTU: Tak ada apa, Cuma nak bagitau nanti rombongan keluarga saya nak p meminang anis (arghhh…suka mak tauuuu)
MAK: Bila tu?
MENANTU: Lepas raya nanti. Tapi nanti saya bawak mak dan keluarga saya p bincang dulu dengan keluarga makcik, boleh?
MAK: Boleh-boleh. Nak mai brapa orang
MENANTU: Tak tau lagi, kena balik dulu lah.
MAK: Tak pa lah kalau macam tu. Mai la umah makcik. Kan cuti 1 mei nanti.
MENANTU: Haaa?? Ermmm.. boleh ka?
MAK: Boleh aihh, mai laaa..nak berkenalan.
MENANTU: Ok2, insyaAllah, saya sampai.

Dan bermulalah episode di mana suami saya pergi ke rumah dan disoal siasat oleh mak dan ayah saya. Wahahaha.
Alhamdulillah, family saya menerima bakal suami saya itu dengan besar hati.

21 ogos 2012

Dengan lafaz bismillah, mak mertua saya menyarungkan cincin di jari manis saya dan saya selamat bergelar tunangan orang. Percaya atau tidak bahawa hari tersebut merupakan kali pertama saya bertentang mata dengan bakal mak mertua saya. Gelabah biawak la tahu tak. Memang photographer cakap muka gelabah sangat, haha.

Malu la kan. Pertama kali bertentang mata. Tapi bukan pertama kali bertentang mata dengan encik suami. Hikhik.

Bincang, dan bincang dan bincang. Hanya mas kawen dan wang hantaran sahaja diputuskan  pada hari tersebut.

Tarikh kawen? Sabar2.

Bincang punya bincang, punya bicang. Tarikh 13 februari dipilih untuk majlis perkahwinan.

Tapi tetiba sahaja mendapat panggilan daripada bakal suami yang menyatakan bahawa tarikh kawen terpaksa di ubah. What???? Ahhhh

Alhamdulillah, dipercepatkan tarikh tersebut. Hihi. Macam nak melompat ja masa tu. Ok, Nampak kan kegedikan saya?

Dan tarikhnya adalah:

Akad nikah: 8 feb 2013
Majlis pihak perempuan: 9 feb 2013
Majlis pihak lelaki: 10 feb 2013

Dan Alhamdulillah, hari yang ditunggu-tunggu tiba juga walopon dalm keadaan yang sangat sibuk dalam menyediakan macam-macam persiapan.

Aku terima nikahnya nazatul anis binti mat fuazi dengan mas kahwinnya …… ringgit tunai.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Saya sudah bergelar seorang isteri.

Tidak rumit bukan nak berkahwin.

Yang pentinggggggg

1)      Tunjukkan kesungguhan anda dalam sesuatu perkara
2)      Yakinkan kedua-dua orang tua anda bahawa anda sudah boleh berumah tangga
3)      Mantapkan urusan dengan ALLAH
4)      Banyakkan berdoa
5)      Siapkan diri untuk menjadi isteri, ibu, menantu , kaum kerabat yang baru
6)      Dapatkan redha kedua-dua orang tuamu kerana redha Allah itu terletak dalam  redha ibu bapa
7)      Istikarah
8)      Bina hubungan baik dengan orang sekeliling
9)      Mantapkan rohani
10)   Siapkan mental dan fizikal
11)   Trust each other

let me be by yourside forever baba !





Sunday, January 20, 2013

sibuk

assalamualaikum.

lama tidak menjengah blog. sibuk dengan persiapan kahwin

tidak berapa hari sahaja lagi

alhamdulillah, kad sudah diedarkan

rumah tangga sudah siap dibesarkan

perabot kawen juga sudah lengkap

baju kawen, hanya perlu  di "Try" lagi << tunggu incik hanzalah balik >>

hantaran juga sudah dibereskan.

dan semuanya berada dalam perancangan

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah

berdoa semoga majlis nanti juga berjalan dengan lancar

rabbi yassir wala tu'assir

ok, UPDATE! hehe

jom cuci mata tengok kad kwen saya.

hadapan

dalam

peta

Thursday, December 13, 2012

done or not

assalamualaikum..

58 hari sebelum wedding saya..hikhik..terover excited pulakkk..

entry sebelum ni dah cakap pasal checklist kan, dan untuk entry yang ni pulak, jom kita semak yang mana dah selesai dan yang mana masih belum selesai

1) kad kawen

masih menunggu kad sampai..hehehe..harap2 ujung bulan ni dah boleh edarkan..

2) baju kawen

sudah ditempah..tapi amik pakej yang lain atas seba2 tertentu... dan temanya tetap tidak berubah : merah hitam: : ungu :

pelamin sahaja yang dapat ditempah sebab bajet..hihi..bilik pengantin, akan saya decorate sendri..auwhh tunggu hasilnya nanti!

3) katering

juga sudah ditetapkan.. thnks to my lovely cousin, bang cik a.k.a klon zizan sebab tolong adjustkan caterer..seriously macam zizan, tapi bang cik saya kecik n lg hensem kot..hihi...

4) doorgift

masih dalam proses

5) fotograper

hihi.. sepupu saya yang seorang itu akan menjadi professional photographer untuk my big day nanti.. weeeee... thnks incik klon nabil ( telinga  plus gigi ja kot lebih kurang macam nabil..hahaha) sebab mengofferkan diri menjadi photographer saya nanti...

6) borang kebenaran kawen

auchh... bulan januari nanti lah..hihi

Thursday, December 6, 2012

checklist before wedding day

assalamualaikum..

64 hari lagi...macam lambat lagi ja kan... tapi perlu buat checklist jugak agar semuanya berjalan lancar... aamiin..

jom2 check it out:

1) kad jemputan
    alhamdulillah, sudah menempah kad dan in sha Allah kad akan smpai ke tangan ini dalam dua hingga tiga  minggu sahaja lagi

2) baju kahwin
 juga sudah ditempah, skali dengan pakej pelamin, bilik tidur n meja makan pengantin.. tema pulak, merah hitam bagi majlis perempuan dan ungu lembut untuk majlis lelaki

3) katering
    ayah akan uruskan..hehehe...

4) door gift
alhamdulillah sebab xperlu menyediakan banyak doorgift sbb rakan-rakan telah bersepakat untuk menyediakan doorgift bagi pihak saya. saya cuma perlu tambahkan sahaja lagi doorgift tersebut..

5) hantaran
hantaran sebelah lelaki sudah siap.. terima kasih kepada incik tunang kerana menemani saya membeli hantaran tersebut. hantaran sebelah perempuan??? hukhuk, xdibelinya lagi pon.. xpa lah, nti balik sni, kita pegi bli eh.. tak banyak pon hantaran untuk majlis ini. 3 berbalas 5 sahaja.

6) kursus pra perkahwinan
    sudah mendapat sijil...hikhik

7) ujian saringan HIV
     -ve ok..hikhik..terima kasih incik hanzalah kerana menemani saya...

8) borang-borang @ dokumen pejabat agama
 borang kebenaran pihak lelaki telahpun diterima cuma menunggu pihak perempuan pula untuk berurusan di pejabat agama islam negeri perlis.

9) diri sendiri
in sha Allah telah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan... hikhik...

Wednesday, September 26, 2012

pening @_@

assalamualaikum...

waaaaaa..peningnya saya...

kenapa? sebab nak kena rancang macam2..huhu...

untuk apa?
untuk majlis perkahwinan saya lah...

bila?
bulan februari 2013..

alaaaaa..lambat lagi...sememangnya lambat..tapi zaman sekarang, semuanya berlaku dengan cepat...saya mahukan majlis saya nti berjalan dengan lancar..

jom kita semak apa yang perlu..

kad kawen < belum tempah>
katering < masih mencari yang berpatutan>
baju kawen < masih mencari jugak>
barang hantaran < dalam persediaan>
bekas hantaran < dah ada... hehe..=)>
make up, pelamin, bilik tidur < weeeee... tengah mencari yang skali dgn pakej dan murah...hukhuk>

kalo bleh, mahukan kad kwen yang sweet macam ni..

hehehe..sweet kan??


pelamin plak kalo bleh nak macam ni..

tema: merah hitam..tapi pelamin nak merah putih..baru la naik baju kwen saya nti..hikhik..
baju kwen nak macam ni...
lebih kurang la...tapi nak merah garang...hehehe...


lebih kurang macam 2 lah yang dirancangkan...tema pihak perempuan: merah hitam...tema pihak lelaki: biru..

ok, guys, kalo ada kawan2 yang tahu pasal pakej pengantin, plizz inform me keh...

lagi satu, saya mahukan seorang photographer untuk indoor dan outdoor..kalo bleh harga yang berpatutan lah. =)


ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami...



Sunday, September 23, 2012

saya dan awak

assalamualaikum..

alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati alam ciptaan Allah ini..

alhamdulillah juga, segala yang dirancang, telahpun selamat disempurnakan..

21 september yang lepas, genaplah sebulan saya menjadi tunangan orang dan sentiasa mendoakan ikatan ini berkekalan dan akan berlanjutan dengan ikatan perkahwinan pula pada tahun hadapan..insyaAllah..

tempoh selama 5 bulan menjadi tunangan orang bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi...pelbagai dugaan yang datang menghalang..namun, hanya iman dan juga akal yang dianugerahkan sahaja mampu menepis segala cabaran dan dugaan tersebut...

ok2, xnak lah cerita panjang2..meh nak tunjuk gambar2 sekitar majlis pertunangan saya itu...

incik tunang saya...heheh...bakal mak mentua sedang menyarungkan cincin

selamat bertunang sayang..hehehe..love  till jannah..buat sendri nih..

cincin tunang..ada lagi satu, cincin merisik..tapi xda dlm gambar..

saya yang gemuk

no komen! haha

plizz be mine forever

incik hanzalah ahmad...my soulmate

hati terkenang, mulut menyebut =)

dengan lafaz bismillah...terima kasih mak... =)




Sunday, August 12, 2012

erm @_@

entri kali ini mungkin menuntut pemikiran yang agak terbuka... knapa? sebab saya akan bercerita mengenai period @ haid...

sebelum itu, nak menangis dulu.. uwaaaaa...uwaaaaa..uwaaaa...ok, stop!

hari ni dah masuk hari yang ke 24 kita berpuasa..dan alhamdulillah, saya berpuasa penuh setakat ini..yeayyyy...

tapi ada perkara yang merungsingkan saya....period saya lewat bulan ini..oh tidak!
perkara ini telah menyebabkan saya tersangatlah stress...tapi kwn2 cakap, beruntunglah x period bulan puasa sebab boleh puasa penuh...ya, saya sangat rasa keberuntungan itu..tapi saya stress dengan cik period itu yang tidak hadir sampai sekarang... uwaaaaaaaaaaaaaaa

tanda2 dah ada sejak seminggu yang lalu, namun masih tidak nampak juga batang hidungnya..hmm.. dan disebabkan ini juga, mood saya menjadi tidak menentu...maaf kawan2 sebab bermasam muka dgn anda, maaf incik hanzalah kerana selalu kena marah tanpa sebab, maaf air mata kerana banyak membazirkan kamu...hukhuk.. =(

masuk hari ni, dan dalam kiraan melalui kalender enset cabuk tu, dh terlewat seminggu....adusss...tak pernah lagi jadi macam ni..huhu...sebab terlalu memikirkan perkara ini, saya dengan tidak senang hatinya, mengoogle sebab mengapa period lewat..antaranya ialah:

stress < berkemungkinan>

penyakit < erm ?? >

perubahan jadual < mungkin jugak >

pengambilan ubat< ya, mungkin >

kegemukan< gemuk sangat ke mak jah ni..huhu >

terlalu kurus< tolak tepi >

salah hitung< rasa dah betul buat kira-kira>

menopous < saya baru 23 laaa ...>

hamil <erk, saya belum kahwin la..>