Monday, August 15, 2011

surat untuk mak cik


salam..
kehadapan makcik yg saya hormati..maaf seandainya surat ini mengganggu makcik..apa khabar agaknya makcik di sana..harap2, makcik sihat selalu...tujuan saya mengutus surat ini untuk makcik adalah kerana saya ingin memperbetulkan kembali pandangan negatif makcik terhadap saya...saya tahu, kemungkinan makcik jelek dengan surat saya ni seperti kejelekan makcik terhadap saya...sebelum apa-apa saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya tulisan saya yang seterusnya ini bakal mengundang sakit di hati makcik..
makcik, 
saya tahu, saya tidaklah sebaik orang lain, tapi saya berusaha untuk menjadi yang terbaik..namun, cacian yang makcik lemparkan kepada saya tu, saya anggap sudah berlebihan..saya mengaku, saya sebagai manusia biasa tak terlepas dari melakukan kesilapan..saya mengaku makcik...tp tidak adillah sekiranya hanya saya dipersalahkan dalam hal yang telah lama berlaku antara saya dan anak makcik..
makcik,
saya akui, mmg silap saya kerana terlalu mengharapkan sesuatu dari anak makcik..saya tahu, saya xlayak untuk anak makcik..bodohnya saya..kerana mengharapkan sesuatu dari org yang hanya mahu mengambil kesempatan dalam kesempitan org lain...
makcik,
saya bukan berniat untuk menghina anak makcik..tapi, saya mahu makcik sedar yang anak makcik juga x terlepas daripada melakukan kesilapan..dan dalam hal yang telah lama berlaku sebelum ini, saya tidak mahu makcik hanya menunding jari kepada saya...saya bukanlah perempuan yang seperti makcik katakan tu..ya, saya mmg selalu membantu anak makcik..itu x bermakna bahawa saya melakukan perkara tu untuk menarik perhatian anak makcik..cubalah kiranya makcik duduk di tempat saya masa tu..sudah tentu makcik juga akan melakukan perkara sama seperti yang saya lakukan terhadap anak makcik..
makcik,
saya tidak mahu dianggap sebagai seorang perempuan yang mengada-ngada hanya kerana saya meminta anak makcik menolong saya ketika saya berada dalam kesusahan dan hanya bertanyakan khabar daripadanya..xsalah kan makcik..tapi mungkin kerana status pendidikan saya yang tidak sehebat anak makcik itu, mengundang pelbagai persepsi negatif makcik terhadap saya..saya juga tahu yang makcik mempunyai pilihan untuk anak makcik..dan kerana itu jugalah makcik tidak mahu saya hadir dalam hidup anak makcik kan..
makcik,
ketahuilah bahawa sekiranya anak makcik tidak pernah berjumpa dengan saya dan tidak menjadikan saya sebagai org penting dalam hidupnya suatu masa dulu, kemungkinan cacian yang makcik lemparkan kepada saya itu tidak akan pernah terjadi kan..makcik, sewaktu makcik menghalang anak makcik untuk tidak menghubungi saya, dia telah menghubungi saya secara senyap2..dan perkara tersebut telah membangkitkan kemarahan makcik sehinggakan makcik menggelarkan saya sebagai perempuan yang tidak tahu malu..salah sayakah makcik? makcik, saya bukanlah seperti mana anggapan makcik tu..
makcik, 
saya berharap agar segala persepsi negatif makcik terhadap saya akan berkurangan dengan kehadiran surat ini..saya sayang makcik..

No comments:

Post a Comment

komen sikit...=) terima kasih