sebenarnya sukar untuk saya jawab persoalan yang sering diajukan..ada juga yang mengucapkan tahniah. baiklah, saya akan terangkan.
1) secara syariatnya, ya, saya sudah bertunang..alhamdulillah..
2) secara adatnya, tidak, saya belum bertunang..hanya menunggu masa yang sesuai untuk diikat dengan ikatan pertunangan tersebut.
bila masa yang sesuai?
insyaAllah, dalam masa yang terdekat ini. hanya perlu bersabar dan berdoa semoga segala yang dirancang, dipermudahkan olehNYA.
walaupun saya masih belum menjadi tunangan orang secara rasminya, namun kedua-dua buah keluarga sudahpun mengetahui tentang perkara tersebut dan alhamdulillah, kedua-dua buah keluarga merestuinya. bukankah mendapat restu keluarga itu penting? dan sudah tentu mendapat restu Allah itu lebih penting.
saya sudahpun mengambil langkah pertama untuk menuju ke dalam hubungan yang halal dan diredhai. semoga segala-galanya dipermudahkan oleh Allah..aamiin..
jadi, sudah terjawab bukan?
saya masih belum menjadi tunangan orang secara rasmi (^_^)
ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami
itu tunang syariat. tunang adat ja belum
ReplyDeletehehe. apapun tahniah kerana tetap bergelar tunangan orang ^__^
ReplyDeleteSelamat menjaga syariat sepanjang tempoh bertunang. semoga dipermudahkan :p
as salam...hehehehee...tahniah Naza..moga cepat2 kahwin lgi baik... :)
ReplyDelete