Friday, May 4, 2012

benar vs palsu

assalamualaikum...baiklah, sudah agak lama tak update blog...maklumlah, sibuk..hehehe..sibuk sgt la kan...

baiklah, entri kali ni, BENAR VS PALSU @ dalam bahasa melayu yang betul, KEBENARAN LAWAN KEPALSUAN...

entri apa ni??
 sebenarnya nak ceritakan kebenaran yang selalunya ditopengkan dengan kepalsuan..nak tgk x jenis-jenis kebenaran yang ditopengkan dengan kepalsuan?? lets check it out...

nombor 1 : cantik vs kotor


selalunya kita akan tengok ramai perempuan akan bersiap cantik-cantik kan untuk ke kelas, lepak-lepak dengan kawan, pergi jalan-jalan, keluar pergi dating dan banyak lagi lah... dan persepsi kita mestilah macam ni kan:

"cantiknya dia" "comelnya dia" "indahnya ciptaan yang Maha Esa ni" "mesti seorang yang kemas ni" dan "blablablabla" lagi yang memuji tentang kecantikan dan kepandaian sesorang itu bergaya kan... tapi kadang-kadang, semua itu hanyalah kepalsuan semata-mata kerana, sebenarnya di sebalik kecantikan itu, tersembunyi satu sifat yang bukannya ada pada setiap wanita cantik, tetapi berlaku.

apa??

disebalik kekemasannya, kecantikannya dan kecomelannya dalam bergaya, ada juga yang tidak cantik dalam aspek kebersihan..opsss, maaf ya, aku sendiri pon bukanlah seorang yang pengemas sangat, tapi sebolehnya inginkan kebersihan, kekemasan dan kecantikan di sekitar ruang legar tempat aku bertapak..hahaha...

buktinya.......

nah!


alahaiii..bersepahnya bilik..disebabkan kekalutan untuk kelihatan cantik, comel dan anggun, sehinggakan tiada masa untuk mengemas....

duhai wanita, kita akan bergelar seorang isteri dan juga ibu suatu hari ini, mahukah kalian membiarkan rumah tangga kalian menjadi sebeginiakibat terlalu taksub dengan kecantikan diri sendiri.. apa-apa pon, jadilah diri sendiri, dan tidak perlu untuk kelihatan terlalu cantik pada pandangan mata orang lain, namun dalaman kamu tidak cantik. huhu. macam luahan perasaan pulak kan.. hehe. the keyword is jagalah kekemasan diri dan persekitaran anda!!! cantik luar, cantik dalam, cantik segala-galanya...

2. alim-alim kucing

weee......tgk gambar dulu lah..

 situasi sebegini seringkali terjadi melalui laman sesawang.. kenapa? kerana lebih mudah untuk kita menjadi orang lain dalam laman sesawang ini.. jadi apa kaitan dengan alim-alim kucing?

pernah tengok kucing tak?kucing akan tunjuk perlakuan yang baik dihadapan tuannya, namun, di belakang tuannya, ia akan mencuri juga ikan yang berada di dapur. hehe. betul tak? kalau salah, maaf!

situasi ni berlaku apabila seseorang yang selalu "post" sesuatu yang islamik dalam facebooknya.. dan persepsi kita, mestilah:

"baiknya dia", "wah, mesti alim ni!"

bercerita itu dan ini, menghukum orang lain tentang dosa dan pahala. contohnya, bercouple itu haramlah, dan sebagainya.. namun hakikatnya................



dia juga sedang dilamun cinta..bersms, berskype, berfacebook, berchatting, bergayut....hmm..wajar x?

sememangnya tak salah untuk menyebarkan sesuatu perkara yang baik dan perkara itu juga disuruh dalam agama. tapi, janganlah cakap tak serupa bikin bro! dan the keyword is, lihatlah apa yang diperkatakan oleh seseorang itu dan janganlah melihat orang yang bercakap tentangnya...maksudnya, lihat isi ja lah kan,dan ambil iktibar daripada percakapannya itu...

weee, marah nampak kan, asyik komen orang ja aku ni kan... bukan komen, cuma nak menyampaikan realiti yang sering terjadi di sekeliling diri ini.. moga, entri kali ini dapat dijadikan panduan untuk aku dan juga sahabat2..

astaghfirullahal'azim

2 comments:

  1. huhuhuuuuuuuuuuuuu.
    jeng-jeng-jeng
    paham2..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe....paham-paham ja lah... =)

      Delete

komen sikit...=) terima kasih